Assalamualaikum everyone!
Tidak terlambat rasanya Siti nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri ni kan? Hehehe ;) So, Selamat Hari Raya semua maaf zahir dan batin eh. Okey, untuk raya tahun ni sama lah dengan rutin untuk hari raya yang sebelum nya ni ha. Memandangkan kampung ayah dan mak siti dekat so senang. Tiada lah nak bergaduh nak raya mana dulu kan. Nak hadap jam lagi kan. Tema raya untuk family siti tahun ini ialah biru laut!
Le familia! ;)
p/s : Kita anak tunggal je :D
Sebenarnya ada cerita disebalik warna tema raya ni. Mula mula keluarga siti nak pilih warna kelabu. Malah baju raya ibu siti dan juga siti sudah pun siap. Sedondon juga! Ayah siti beli baju melayu nya agak lambat. Time dua hari lagi nak raya barulah membeli baju melayu nya. Bila disuruh untuk cari baju melayu yang warna sama, ayah tak bersetuju. Malah membeli warna lain. Dan warna itu adalah biru laut itu! Apalagi, terpaksalah siti dan juga ibu membeli baju baru yang sama warna. Hmm hahaha
Untuk raya pertama memang kebiasaannya selepas bersembahyang solat hari raya di surau taman kami, kami akan terus ke rumah abang kepada ibu siti. Siti dah takde atuk dan nenek jadi beraya lah di rumah abang paling tua dalam keluarga ibu siti. Memang kebiasaan nya di rumah itu lah berkumpul semua adik beradik ibu serta sanak saudara belah ibu.
Ini hanya separuh dari kerabat Hj Abd Karim ;)
Untuk raya kedua siti tak beraya di mana mana kerana saudara mara mahu berkunjung ke rumah. Jadi pada hari raya kedua itu penuhlah saudara mara di rumah. Memandang rumah siti hanya teres setingkat dan kecik. Sampai ada saudara yang duduk di luar!
bersama adik saudara yang berusia 12 tahun
( Adik saudara lagi besar dari kakak saudara. kikiki )
Raya ketiga kami beraya di rumah adik kepada ibu siti di Hutan Melintang,Perak. Adik beradik ibu agak ramai iaitu 11 orang. Jadi tak semua rumah saudara dapat dikunjungi. Kami hanya mengunjungi rumah rumah yang dekat sahaja. Malah ada kakak kepada ibu tinggal di Singapura! In Shaa Allah kami akan mengunjungi nya dalam masa terdekat
bersama keluarga adik ibu di Perak ;)
Semalam kami sempat beraya ke rumah kakak ibu yang ke-5 di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor. Di rumah kakak ibu yang ini lah menjadi rumah kegemaran siti kerana bila kita masuk ke kawasan ini, kita dapat merasakan suasana kampung yang sejati. Nikmat hari raya ialah bila kita dapat berkumpul bersama semua ahli keluarga yang jauh dan dekat. Yang jauh kita dekat dekatkan yang dekat kita erat eratkan ;)
Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir Dan Batin
Ikhlas dari
Siti Nur Rahmah Binti Sudin
No comments:
Post a Comment