JellyPages.com

Sunday, 19 June 2016

Bazaar Ramadhan Review #1



Assalamualaikum :)

Hari ini adalah hari ke 14 kita berpuasa. Wow! How time flies right? Sebelum terlambat, kami di Sophie Kardi ingin mengucapkan Ramadan Kareem :)

Untuk post kali ini kami ingin membuat review tentang bazaar ramadan. Seperti yang korang semua tahu, bazaar ramadan ni ada setahun sekali je kan? So bila dah ada ni kita rasa seronok dan banyak pilihan makanan yang dapat kita tengok dekat bazaar.

Haaaaa untuk review kali ini, kitaorg akan buat pasal Bazaar Ramadan Sabak Bernam.

Tadaaaa !


Dalam Sabak Bernam ini banyak bazaar tetapi bazaar ini adalah salah satu bazaar terbesar. Macam-macam makanan dan minuman ada jual dekat sini.



Salah satu makanan yang jarang kita jumpa di area bandar adalah tapai! Biasa benda ini ada jual dekat area kampung-kampung dan pekan je. Sebab bahan nya senang dicari di kampung. Dan orang kampung memang mahir buat tapai. Rasanya sangat sedap. Masam-masam manis. Omnomnom




Makanan di atas tu memang terkenal kan waktu bulan puasa. Haaa ayam percik, ayam golek dan roti john. Di setiap bazaar mesti ada gerai-gerai yang terkenal dengan kesedapannya. Sama lah macam di gerai P'e ROTI JOHN ni . Tengok menu pun dah terliur kan. Ada roti john kambing, roti john ketam macam-macam jenis roti john ada, order je :) Harga dia pun berpatutan. Lagi-lagi macam pelajar seperti kita, budget kena jaga.


Haaaa kalau tanya orang Sabak Bernam pasal popia Teluk Intan ni semua tahu. Memang popular sungguh lah popia Teluk Intan ni. Popia basah dengan popia goreng dia sama sedap. Abang-abang yang jual ni pun sporting sangat. Harga pun murah.


Air! Biasa nya air lah yang membuatkan kita terliur sungguh dengan ais nya. Macam-macam air ada dijual di bazaar ramadan Sabak ni. Air tembikai, air kelapa. Macam-macam jenis dan juga macam-macam warna. Rambang mata nak beli ;)




Walaupun rambang mata nak beli makanan dan minuman. Ingatlah beli yang perlu sahaja. Bulan ramadan inilah bulan untuk kita memupuk sifat berjimat-cermat. Elakkan pembaziran dan ingatlah orang yang lebih susah dari kita untuk mendapatkan makanan.

Itu sahaja review untuk kali ini. Semoga bermanfaat. Selamat berpuasa! ;)


No comments:

Post a Comment