JellyPages.com

Monday, 20 June 2016

Bazaar Ramadhan Review #2


Assalamualaikum dan hi semua !!

Hah hari ini SK nak kongsikan antara bazaar ramadhan yang patut anda kunjungi. Ok dekat dengan rumah admin Aliah kita ni, ada satu bazaar yang sering dikenali sebagai ‘Bazaar Ramadhan Simpang 4’. Bazaar ni menjadi tumpuan ramai orang tau. Bukan sahaja yang dari kawasan itu, malahan ada yang sanggup datang dari Kg, Jawa, Meru, dan juga Bukit Kuda. Agaknya kenapa ye?*berfikir*. Hah sebabnya adalah kerana juadah berbuka yang disediakan di bazaar ini sangat banyak dan pelbagai. Dari lauk-pauk yang bermacam jenis sampailah ke kuih-muih yang paling kecil. Kawasan bazaar ni juga agak besar dan luas. Biasanya tapak bazaar ni adalah tapak pasar malam pada setiap hari jumaat dan ahad. Khas pada bulan ramadhan ni, bazaar dibuka setiap hari selain hari jumaat dan ahad. Hah meh lah datang sini cuci mata tengok juadah yang meliurkan ni. Takkan nak lepaskan peluang kan? Hah nak tahu lokasi bazaar ni dekat mana? Bazaar ni terletak di Simpang 4, Teluk Pulai. Jangan risau, kalau tak jumpa lokasi jugak, boleh type je dekat waze. Mesti jumpa punya. Mai datang beramai-ramai!! Jangan lepaskan peluang tau semua.

XOXO Muah Ciked :*











No comments:

Post a Comment